Sejarah SKML

  • SKML telah diwujudkan pada tahun 1967.
  • Hasil idea En. Philip Sim, seorang anak jati Kampung Gayau, Simunjan. Ketika itu beliau bertugas sebagai penyelia sekolah di Majlis Hilir Sadong, Simunjan. 
  • SKML terletak di satu kawasan yang strategik, dikelilingi oleh beberapa buah kampung, iaitu Kampung Gayau, Kampung Padok, Kampung Munggu Lallang, Kampung Munggu Sabun, Kampung Munggu Ai, Kampung Blau dan Kampung Darussalam.
  • Mulanya Kampung Gayau dan Kampung Munggu Ai telah pun mempunyai sekolahnya sendiri tetapi kemerosotan bilangan pelajar telah menyebabkan kedua-dua sekolah tersebut ditutup dan digabungkan dengan Sekolah Kebangsaan Munggu Lallang. 
  • Sekolah ini mempunyai kawasan seluas kira-kira 18 ekar.
  • Pada mulanya bangunan-bangunan di sekolah ini dibina secara gotong-royong oleh penduduk kampung, beratapkan daun rumbia dan berdinding kulit kayu, tetapi pada tahun 1970 infrastukturnya telah dinaiktaraf hasil daripada peruntukan Bank Dunia. Segala perabot dan kelengkapan yang lain turut disediakan

       Pada tahun 1978, beberapa buah bangunan baru telah didirikan termasuklah rumah guru besar, 3 unit rumah guru dan tambahan bilik darjah.
       Majorit pelajar sekolah ini terdiri daripada kaum iban.
       Pekerjaan utama masyarakat sekitar ialah petani dan pekebun.

       SKML yang berwajah baru telah dibuka dengan rasminya oleh Y.B Bujang Hj Ulis pada 22 Mei 1981.Ketika itu beliau adalah Timbalan Menteri Perusahaan Utama Persekutuan Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan